Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan sekolah rendah

Misi

Menyediakan pusat pendidikan sekolah rendah yang cemerlang tanpa mengira jantina, bangsa dan agama

Bendera Sekolah

Lencana Sekolah

Falsafah Sekolah

TUHAN adalah Pencipta dan Pelindung serta asas kepada kebaikan, kebenaran, pengetahuan dan akal budi.


Adalah menjadi tanggungjawab sekolah ini untuk memastikan pelajar menerima pendidikan yang seimbang dan sesuai dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani sesuai dengan falsafah gereja SDA dan Negara iaitu untuk menyediakan para pelajar bagi pelayanan yang ceria di dunia ini dan di dunia akan datang.


SEJARAH PENUBUHAN DAN PENGENALAN SEKOLAH

Sekolah Rendah Advent Goshen adalah sebuah sekolah rendah swasta yang dikelola oleh Gereja Seventh-day Adventist Sabah di Kampung Goshen, Kota Marudu. Sekolah ini telah ditubuhkan pada10 September 1952.


Anggota-anggota gereja SDA Goshen pada mulanya membina bangunan beratap nipah dan berdinding kajang pada 1951. Bangunan yang dibina digunakan sebagai sekolah, tempat beribadah dan tempat berkumpul bagi penduduk-penduduk Kampung Goshen. Pada tahun berikutnya, sekolah ini didaftarkan secara rasmi di bawah Education Department British Colonial North Borneo pada 10 September 1952.


Sekolah ini ditubuhkan dengan tujuan menyediakan pusat pendidikan yang cemerlang kepada anak-anak penduduk Kampung Goshen dan kampung-kampung sekitar. Pengerusi pengelola yang pertama adalah mendiang Saminggau Lundoh dan guru-guru yang awal adalah mendiang Mandatang Gaban dan mendiang Peter Leopold, dengan jumlah murid seramai 24 orang sahaja.

Pada tahun 1959, penduduk kampung telah berusaha untuk menaik taraf bangunan sekolah iaitu mengganti bangunan atap nipah dengan bangunan atap genting berdinding papan. Pada 1970’an, bangunan konkrit telah dibina bagi menampung jumlah murid yang semakin meningkat.

SEJARAH PENUBUHAN DAN PENGENALAN SEKOLAH

Pada awalnya, sekolah ini hanya menawarkan pendidikan sekolah rendah sehingga darjah lima dan terpaksa melanjutkan pendidikan darjah enam di Sabah Training Primary School, Tamparuli, sehinggalah Sekolah Rendah SDA Goshen didaftar sebagai pusat peperiksaan UPSR pada 1994.


Pada mulanya, pentadbiran sekolah adalah di bawah pentadbiran Sekolah Menengah Advent Goshen, tetapi pada tahun 1997, pentadbiran dan pengelolaan sekolah rendah dipisahkan daripada SMAG. Guru Besar yang pertama adalah Cikgu Elnah Gorotom.


Dengan jumlah murid kurang 50 orang pada awal penubuhan, sekolah ini telah berkembang dengan pesat sehingga murid mencapai 500 orang (termasuk pra sekolah) pada tahun 2005 sehingga sekarang.


Dalam 64 tahun sejak penubuhan, sekolah ini telah melahirkan individu-individu yang Berjaya termasuk wakil rakyat, doktor, jurutera, peguam, kakitangan awam dan terutama sekali menjadi warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.


Sekolah ini akan terus beroperasi demi memastikan anak-anak Kampung Goshen dan kampung-kampung sekitar mendapat pendidikan yang terbaik sesuai dengan visi dan misi Sekolah Rendah SDA Goshen yang diwar-warkan.

1972

2022

Gambar Sekolah

CONTACT US...

No. Daftar : XICJ003

Peti Surat 161,

89108 Kota Marudu

Sabah, Malaysia


Telephone : +6088661041

Email : srsdagoshen@gmail.com